Tuesday 22 September 2015

Persoalan mengenai perkembangan pesat agama Islam dan nabinya


Islam mula muncul sekitar 1400 tahun dahulu disebuah tanah yang gersang dan tandus. Beratus tahun selepas kematiannya (wafat)  Rasulullah ﷺ (utusan Allah), penganut agama ini mampu membentuk sebuah empayar yang hebat. Mungkin yang paling hebat sepanjang zaman. Agama ini juga mempunyai penganut yang ramai iaitu hampir 23.4% (1.6 billion) manusia di muka bumi ini menganut agama Islam. Agama Islam adalah agama yang paling pesat berkembang dalam masa seratus tahun kemunculannya. Jadi didalam artikel ini kita akan cuba menjawab beberapa persoalan penting mengenai agama Islam antaranya;
1. Apakah faktor yang menyumbang kepada perkembangan pesat agama ini?
2. Adakah Muhammad bin Abdullah itu benar seorang Rasul atau dia seorang penipu?

Soalan 1: Apakah faktor yang menyumbang kepada perkembangan pesat agama ini?

Faktor yang mungkin menyebabkan perkembangan pesat agama ini mungkin terletak pada geopolitik tanah Arab itu sendiri, iaitu tempat al-Quran diturunkan juga tempat Rasulullah ﷺ dilahir dan dibesarkan. Tanah Arab digelar sebagai jazirah al-Arab yang bermakna pulau orang Arab kerana kedudukannya yang terasing dari dunia luar. Walau dikelilingi dua empayar yang besar, tanah Arab langsung tidak dapat diserap kedalam kedua-dua empayar tersebut. Hal ini kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi padang pasir yang tandus disamping kekekurangan sumber air. Disebabkan tanah Arab tidak dikuasai oleh mana-mana empayar, maka mereka mempunyai satu sistem politik bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan. Jadi apabila risalah Islam disebarkan ia tidak mendapat tentangan daripada pihak penguasa. Ini menjadikan penyebaran agama Islam lebih lancar.
Suasana padang pasir yang tandus ini juga menjadikan masyarakat Arab Jahiliyyah sebuah masyarakat yang mempunyai sifat perkauman antara kabilah yang ekstrem (di gelar assabiyah) ini kerana keadaan padang pasir yang tandus ini tidak akan memungkinkan budaya individualistik. Jadi apabila ada pembesar Arab Quraisy cuba menindas Nabi Muhammad ﷺ baginda akan dilindungi oleh kabilahnya terutama sekali oleh bapa saudaranya (walau mempunyai perbezaan agama-bapa saudara baginda tidak menganut agama Islam). Disamping itu, keadaan padang pasir ini juga menjadikan masyarakat Arab Jahiliyyah sebuah masyarakat yang memuliakan tetamu. Jadi apabila umat Islam ditindas dengan sebegitu dasyat di Makkah mereka mencari perlindungan di Madinah. Dan kerana budaya masyarakat Arab yang memuliakan tetamu, agama Islam dengan mudah mampu berkembang di Madinah.
Agama asal masyarakat Arab Jahiliyyah adalah monotheism tetapi lama kelamaan mereka mula mengukir patung-patung sembahan dan mengamalkan polytheism . Jadi kehadiran Islam yang berbentuk monotheism ini tidaklah asing bagi masyarakat Arab, menjadikan proses penerimaan ajaran ini mudah bagi sesetengah dari mereka.
Tidak seperti empayar Rom yang sudah mula menghargai ukiran dan lukisan sebagai sebuah ekspresi seni, masyarakat Arab Jahiliyyah hanya mengunakan ukiran untuk urusan keagamaan-bagi mengukir patung. Satu-satunya ekspresi seni masyarakat Arab ketika itu adalah bahasa mereka. Pada setiap tahun para penyair hebat akan berkumpul di Makkah bagi recite hasil terkini karya mereka. Penyair yang popular akan menjadi instant selebriti dalam kalangan masyarakat Arab dikenali kerana kebolehan mereka. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang tinggi tahap sasteranya . Dalam surah terpendek didalam al-Quran  mempunyai 30 linguistik dan rhetorical devices. Menjadikan ianya mustahil untuk dicapai oleh manusia. Hal ini membuatkan masyarakat Arab menyukai ayat-ayat al-Quran walaupun mereka belum menganut ajaran Islam. Ada juga yang menganut ajaran Islam selepas membaca beberapa ayat dari al-Quran. Its magical.
Keadaan tanah Arab yang terasing ini menjadikan Islam terlebih dahulu matang di tanah Arab sebelum diperkenalkan kepada masyarakat luar.

Soalan dua: Adakah Muhammad bin Abdullah itu benar seorang Rasul atau dia seorang penipu?

Muhammad Ali (peninju) enggan plag namanya di letak di bawah di walk of fame, kerana tidak mahu namanya yang mengandungi nama nabi orang Islam itu dipijak. Di Malaysia amat sukar untuk mencari nama seorang lelaki Islam yang tidak mempunyai initial Muhammad atau Ahmad. Di dalam buku 100 Most Influential Persons In History oleh Michael H. Hart, Muhammad bin Abdullah menduduki tempat pertama mengenepikan Jesus dan Moses. Jadi adakah Muhammad bin Abdullah ini benar utusan Allah (Tuhan) atau hanyalah seorang penipu.
*saya akan mula menggunakan Rasulullah ﷺ atau Nabi Muhammad ﷺ menggantikan Muhammad Bin Abdullah

1.  Nabi Muhammad seorang yang buta huruf

Al-Quran mengandungi kisah sejarah nabi terdahulu disamping perihal sains seperti peredaran bumi-bulan-matahari, kitaran kehidupan dan sebagainya. Adalah mustahil untuk Nabi Muhammad ﷺ mengetahui hal ini dan memperkatakannya sendiri ini kerana baginda seorang yang buta huruf. Kalaupun masyarakat Arab mempunyai akses kepada ilmu Rom dan Parsi (melalui perdagangan yang dijalankan). Nabi Muhammad tidak akan mampu membacanya.
Bukti baginda seorang yang buta huruf adalah ketika perjanjian hudaibiyah Suhail bin Amr (wakil Arab Quraisy) tidak bersetuju dengan panggilan Rasulullah ﷺ didalam perjanjian tersebut, dia mahu perkataan tersebut. Sahabat yang menjadi penulis perjanjian itu enggan membuang perkataan tersebut kerana menganggap ianya penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ. Nabi Muhammad ﷺ meminta sahabatnya  itu menunjukkan dimana perkataan 'Rasulullah ﷺ' (didalam perjanjian yang ditulis), hal ini membuktikan yang Nabi Muhammad ﷺ tidak tahu membaca. Setelah ditunjukkan dimana perkataan itu, baginda sendiri yang memadamkan perkataan tersebut.

2. Ayat al-Quran tidak akan turun hanya kerana Nabi Muhammad mahukannya

Pembesar Arab Quraisy bertemu dengan pendeta Yahudi dengan niat mahu membuktikan yang Nabi Muhammad ﷺ berbohong. Jadi pendeta Yahudi ini menyuruh pembesar Arab Quraisy menanyakan mengenai tiga perkara;
1. tujuh pemuda yang berada didalam gua
2. penguasa yang mempunyai dua tanduk
3. hal mengenai ruh
Pembesar ini kemudian bertemu dengan Rasulullah ﷺ dan bertanya mengenai perihal-perihal diatas. Rasulullah ﷺ kemudian meminta mereka datang semula pada keesokan hari. Tetapi ayat al-Quran tidak turun-turun bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.
Hanya selepas beberapa hari berikutnya barulah ayat al-Quran turun bagi menjawab pertanyaan tersebut juga bagi menegur Rasulullah ﷺ yang terlupa mengucapkan insya'Allah (dengan izin Tuhan). Hal ini membuktikan yang Nabi Muhammad ﷺ tidak mempunyai kuasa keatas al-Quran yang bermakna ajaran Islam ini bukanlah ciptaannya sendiri.

3. Nabi Muhammad ﷺ seorang yang jujur.

Masyarakat Arab Jahiliyyah terkenal dengan sikap yang suka menindas dan menipu dalam perniagaan. Walaubagaimanapun Nabi Muhammad ﷺ terkecuali, baginda amat jujur sehingga digelar al-Amin (yang dipercayai) dalam kalangan komunitinya. Kejujuran Nabi Muhammad ﷺ ini sehingga pada tahap yang jika baginda mengatakan ada musuh di sebalik gunung masyarakat Arab Makkah akan mempercayainya. Barang-barang perdagangan yang diamanahkan kepada baginda juga akan memperoleh keuntungan disamping tidak berkurang walau sedikitpun. Mana mungkin insan seumpama ini menipu mengenai kerasulannya.

Penutup

Jadi itulah dia dua persoalan mengenai agama Islam yang terkadang muncul didalam benak manusia (termasuk saya). Jawapan bagi persoalan pertama boleh didapati dari laman sesawang Lost Islamic History dengan tajuk What Was Special About Pre-Islamic Arabia. Jawapan bagi persoalan kedua boleh didapati dari buku Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad ﷺ- KH Moenawar Chalil atau mana-mana buku kisah kehidupan (sirah) Rasulullah ﷺ.