Monday 20 February 2017

Backpacking buat kali pertama

Berjumpa rakan baru

I am extremely introverted person. Making conversation with people I know already a struggle inikan pula mulakan perbualan dengan stranger. Tapi bila dah backpacking ni memang tiada pilihan lain, memang kena bercakap/bertanya dengan local people kerana malu bertanya sesat jalan. Pada aku ia adalah salah satu pengalaman berharga sepanjang 3 hari berbackpacking di Pulau Pinang (gaya macam jauh sangat).  Tanpa aku sedari aku lebih banyak tersenyum dan ketawa semasa berbual dengan rakan-rakan baharu ini. Dan kurang menunjukkan riak wajah menyampah (my normal everyday look).
Dan tentu sekali kebolehan bermain kad memainkan peranan sepanjang social engagement ini.

Berlatih berbahasa Inggeris

Terasa semacam berada di foreign country juga walaupun sebenarnya masih ada di Malaysia, kerana kebanyakkan masa perbualan perlu dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Dari pelancong asing, pekerja hotel dan extreme park sehinggalah pakcik teksi semuanya lebih selesa berbahasa Inggeris. Aku dapati dikawasan tarikan pelancong masyarakat setempat lebih suka menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Malaysia. Dan kerana terlalu biasa bercakap Bahasa Inggeris sepanjang disana terkadang tersasul berbahasa Inggeris kepada teman kembara aku.

Mendekati budaya setempat

Aku sebetulnya tak percaya bila orang cakap backpacking ni boleh bawa kita lihat culture sesuatu tempat dengan lebih dekat. Aku skeptikal. Tapi ianya benar. Berbanding road trip ke Melaka dua tahun lepas yang pada aku agak superficial, percutian ke Pulau Pinang kali ini lebih fruitful. Terutamanya kerana kami engage dengan penduduk tempatan berkongsi cerita dan permasalahan, (merungut mengenai kerajaan dan pihak penguatkuasa sekali sekala). Malahan dalam pada masa menunggu pengangkutan awam, kami dapat observe everyday life dan environment dengan lebih dekat. Instead of semata-mata datang melawat tempat-tempat menarik.

Menjimatkan

Kos backpacking juga lebih murah berbanding dengan gaya percutian lain kerana kebiasaannya backpackers menggunakan pengangkutan awam disamping tidur di youth hostel sahaja.

Closure

Pada aku apa yang lebih penting semasa mengembara bukanlah corak pengembaraan ataupun destinasi tetapi yang lebih penting adalah teman kembara kita. I was blessed to travel dengan orang yang memahami dan bersabar dengan aku sepanjang perjalanan ini. Pengembaraan kecil ini bertambah-tambah lebih seronok bersama mereka.


Jadi pertamanya, pilih teman kembara anda.