Tuesday 23 September 2014

#Vote4Syakirah



Aku pernah berada disatu tempat yang asing, tiada sesiapa disitu yang mahu menegur aku, walau sekadar bertanya khabar. Aku hampir sekali mahu pulang kerana sedih berseorangan, sehinggalah Syakira menegur aku. Kami berbual mesra seakan kami sudah kenal bertahun-tahun. Bicara dia tersusun, (berbanding aku yang sering bercakap tanpa fikir), kata-kata dia sentiasa punya makna yang mendalam. Terkadang makan dalam juga. Heh. Aku ingat dia pernah menegur aku mengenai ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan), lama aku cuba memenangkan tindakan aku. Tetapi ternyata, hujah dia yang rasional dan berasas menang melawan hujah aku yang penuh dengan putar belit (haha). Kami akhirnya menemui satu pandangan moderate berkenaan bab ikhtilat ini. Satu perkara yang aku tertarik dengan Syakira adalah kerana dia berani menegur aku yang keras kepala-bila mana orang lain sering membiarkan aku melakukan kesalahan (Dia adalah antara sahabat aku yang berani menegur kesalahan aku). Aku percaya untuk menegur kesalahan orang yang rapat dengan kita adalah tugas yang sukar, ramai yang mengelak, tetapi dia berani menegur. Dia tak rela melihat kawan dia terus melakukan kesalahan.
                Ketika kami bersama-sama menjayakan sebuah program fasilitator, dia adalah antara fasilitator paling disukai dalam kalangan peserta. Peserta program itu sehingga meminggirkan aku yang bertindak sebagai fasilitator pengganti. Kata mereka 'kami mahu cikgu Syakira' (cis!haha). Dia disenangi oleh orang yang baru dikenali kerana keramahan dan sikapnya yang penyayang.
                Aku sentiasa cemburu dengan dia, kerana bukan seperti aku (yang pandai cakap je), Syakira seorang yang walk the talk. Apa yang dia cakap dia akan buat. Calon terbaik untuk menjadi duta lead by example (haha). Aku pernah bekerja dibawah dia, sebagai seorang ketua, Syakira seorang yang caring dengan orang bawahannya. Dia sentiasa aware dengan keadaan orang bawahan dia, dan sedaya upaya untuk tidak membebankan orang. Dia sentiasa bertanya samaada aku okey atau tidak dengan tugasan itu dan sentiasa menekankan kepada aku untuk gembira dengan tugas tersebut (haha). Walau bertindak sebagai seorang ketua dia tidak menganggap kata-katanya adalah kata putus sebaliknya dia sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan yang lain. Aku tak pernah mendengar dia mengata sesiapa, dia sentiasa nampak perkara baik dalam diri setiap orang. Membuatkan dia sentiasa disenangi oleh orang ramai
                Dia rakan bicara aku ketika aku mahu berkongsi pandangan mengenai isu semasa. Kerana aku tahu dia seorang yang cakna dengan perubahan sekeliling (sesuatu yang rare di UTM-aku rasa). Kami pernah berbincang mengenai isu murtad di Malaysia, ketika itu dia berlatihan industri, tetapi dia sanggup melapangkan masa untuk aku (selepas waktu bekerja). Ketika aku sibuk membelek salah siapa berleluasanya isu murtad, Syakira mengambil jalan yang lembut (untuk tahu pandangan dia, sila tanya dia sendiri). Dia langsung tidak menyalahkan sesiapa. Bagi aku, pandangan dia sentiasa kritis dan jauh kehadapan. Yang mana adalah salah satu ciri penting sebagai seorang pemimpin.
                Aku jarang menemui individu seperti dia, (perempuan terutamanya) seorang yang outspoken dalam dunia yang didominasi lelaki ini. Dia hanya menyatakan pandangan ketika perlu, jarang sekali aku melihat dia terbabit dalam perbalahan sia-sia. Dalam keadaan genting, dia tetap tenang mengambil keputusan yang rasional dan realistik. Syakira seorang yang amanah dalam setiap apa yang dilakukan, sepanjang pemerhatian aku. Andai melakukan kerja dia akan bersungguh-sungguh, langsung tidak curi tulang.
                Dia seorang yang rendah diri, tentunya dia tak setuju andai dia tahu aku menulis post ini istimewa untuk dia (haha). Bagi aku dia seorang pemimpin yang ideal, seorang yang rasional dan tidak terperangkap dalam emosi walau dalam keadaan tertekan. Saya kira untuk mencari pemimpin yang punya keperibadian seperti dia amatlah rare.
Sekadar mahu berkongsi seorang Syakira dari kacamata seorang kawan moga bermanfaat untuk mahasiswa/wi untuk mengundi pada hari pembuangan undi nanti.
#IAMWITHSYAKIRA #SYAKIRA4MPM