Aku pernah berada disatu tempat yang asing, tiada sesiapa
disitu yang mahu menegur aku, walau sekadar bertanya khabar. Aku hampir sekali
mahu pulang kerana sedih berseorangan, sehinggalah Syakira menegur aku. Kami
berbual mesra seakan kami sudah kenal bertahun-tahun. Bicara dia tersusun, (berbanding
aku yang sering bercakap tanpa fikir), kata-kata dia sentiasa punya makna yang
mendalam. Terkadang makan dalam juga. Heh. Aku ingat dia pernah menegur aku
mengenai ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan), lama aku cuba memenangkan
tindakan aku. Tetapi ternyata, hujah dia yang rasional dan berasas menang
melawan hujah aku yang penuh dengan putar belit (haha). Kami akhirnya menemui
satu pandangan moderate berkenaan bab
ikhtilat ini. Satu perkara yang aku tertarik dengan Syakira adalah kerana dia
berani menegur aku yang keras kepala-bila mana orang lain sering membiarkan aku
melakukan kesalahan (Dia adalah antara sahabat aku yang berani menegur
kesalahan aku). Aku percaya untuk menegur kesalahan orang yang rapat dengan
kita adalah tugas yang sukar, ramai yang mengelak, tetapi dia berani menegur. Dia
tak rela melihat kawan dia terus melakukan kesalahan.
Ketika
kami bersama-sama menjayakan sebuah program fasilitator, dia adalah antara
fasilitator paling disukai dalam kalangan peserta. Peserta program itu sehingga
meminggirkan aku yang bertindak sebagai fasilitator pengganti. Kata mereka
'kami mahu cikgu Syakira' (cis!haha). Dia disenangi oleh orang yang baru
dikenali kerana keramahan dan sikapnya yang penyayang.
Aku
sentiasa cemburu dengan dia, kerana bukan seperti aku (yang pandai cakap je), Syakira
seorang yang walk the talk. Apa yang
dia cakap dia akan buat. Calon terbaik untuk menjadi duta lead by example (haha). Aku pernah bekerja dibawah dia, sebagai seorang
ketua, Syakira seorang yang caring
dengan orang bawahannya. Dia sentiasa aware
dengan keadaan orang bawahan dia, dan sedaya upaya untuk tidak membebankan
orang. Dia sentiasa bertanya samaada aku okey
atau tidak dengan tugasan itu dan sentiasa menekankan kepada aku untuk gembira
dengan tugas tersebut (haha). Walau bertindak sebagai seorang ketua dia tidak
menganggap kata-katanya adalah kata putus sebaliknya dia sentiasa terbuka untuk
mendengar pandangan yang lain. Aku tak pernah mendengar dia mengata sesiapa,
dia sentiasa nampak perkara baik dalam diri setiap orang. Membuatkan dia
sentiasa disenangi oleh orang ramai
Dia
rakan bicara aku ketika aku mahu berkongsi pandangan mengenai isu semasa. Kerana
aku tahu dia seorang yang cakna dengan perubahan sekeliling (sesuatu yang rare
di UTM-aku rasa). Kami pernah berbincang mengenai isu murtad di Malaysia,
ketika itu dia berlatihan industri, tetapi dia sanggup melapangkan masa untuk
aku (selepas waktu bekerja). Ketika aku sibuk membelek salah siapa berleluasanya
isu murtad, Syakira mengambil jalan yang lembut (untuk tahu pandangan dia, sila
tanya dia sendiri). Dia langsung tidak menyalahkan sesiapa. Bagi aku, pandangan dia
sentiasa kritis dan jauh kehadapan. Yang mana adalah salah satu ciri penting sebagai seorang pemimpin.
Aku
jarang menemui individu seperti dia, (perempuan terutamanya) seorang yang
outspoken dalam dunia yang didominasi lelaki ini. Dia hanya menyatakan
pandangan ketika perlu, jarang sekali aku melihat dia terbabit dalam perbalahan
sia-sia. Dalam keadaan genting, dia tetap tenang mengambil keputusan yang
rasional dan realistik. Syakira seorang yang amanah dalam setiap apa yang
dilakukan, sepanjang pemerhatian aku. Andai melakukan kerja dia akan
bersungguh-sungguh, langsung tidak curi tulang.
Dia
seorang yang rendah diri, tentunya dia tak setuju andai dia tahu aku menulis
post ini istimewa untuk dia (haha). Bagi aku dia seorang pemimpin yang ideal,
seorang yang rasional dan tidak terperangkap dalam emosi walau dalam keadaan
tertekan. Saya kira untuk mencari pemimpin yang punya keperibadian seperti dia
amatlah rare.
Sekadar mahu berkongsi seorang Syakira dari kacamata seorang kawan moga bermanfaat untuk mahasiswa/wi untuk mengundi pada hari
pembuangan undi nanti.
#IAMWITHSYAKIRA #SYAKIRA4MPM
No comments:
Post a Comment