Berjumpa rakan baru
I am extremely
introverted person. Making conversation with people I know already a struggle
inikan pula mulakan perbualan dengan stranger.
Tapi bila dah backpacking ni memang tiada pilihan lain, memang kena bercakap/bertanya dengan local people kerana malu bertanya sesat
jalan. Pada aku ia adalah salah satu pengalaman berharga sepanjang 3 hari berbackpacking di Pulau Pinang (gaya macam
jauh sangat). Tanpa aku sedari aku lebih
banyak tersenyum dan ketawa semasa berbual dengan rakan-rakan baharu ini. Dan
kurang menunjukkan riak wajah menyampah (my
normal everyday look).
Dan tentu sekali kebolehan bermain kad memainkan peranan
sepanjang social engagement ini.
Berlatih berbahasa
Inggeris
Terasa semacam berada di foreign
country juga walaupun sebenarnya masih ada di Malaysia, kerana kebanyakkan
masa perbualan perlu dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Dari pelancong asing,
pekerja hotel dan extreme park
sehinggalah pakcik teksi semuanya lebih selesa berbahasa Inggeris. Aku dapati dikawasan
tarikan pelancong masyarakat setempat lebih suka menggunakan Bahasa Inggeris
daripada Bahasa Malaysia. Dan kerana terlalu biasa bercakap Bahasa Inggeris sepanjang
disana terkadang tersasul berbahasa Inggeris kepada teman kembara aku.
Mendekati budaya
setempat
Aku sebetulnya tak
percaya bila orang cakap backpacking ni boleh bawa kita lihat culture sesuatu tempat dengan lebih
dekat. Aku skeptikal. Tapi ianya benar. Berbanding road trip ke Melaka dua tahun lepas yang pada aku agak superficial, percutian ke Pulau Pinang
kali ini lebih fruitful. Terutamanya
kerana kami engage dengan penduduk
tempatan berkongsi cerita dan permasalahan, (merungut mengenai kerajaan dan
pihak penguatkuasa sekali sekala). Malahan dalam pada masa menunggu
pengangkutan awam, kami dapat observe
everyday life dan environment
dengan lebih dekat. Instead of semata-mata
datang melawat tempat-tempat menarik.
Menjimatkan
Kos backpacking
juga lebih murah berbanding dengan gaya percutian lain kerana kebiasaannya backpackers menggunakan pengangkutan
awam disamping tidur di youth hostel
sahaja.
Closure
Pada aku apa yang lebih penting semasa mengembara bukanlah
corak pengembaraan ataupun destinasi tetapi yang lebih penting adalah teman
kembara kita. I was blessed to travel
dengan orang yang memahami dan bersabar dengan aku sepanjang perjalanan ini.
Pengembaraan kecil ini bertambah-tambah lebih seronok bersama mereka.
Jadi pertamanya, pilih teman kembara anda.
No comments:
Post a Comment